Daun gugur

Sunday 13 May 2012

Buku Si Cilik

Kita ada baca satu buku cerita yang Housemates kita "Dayah" tulis....Tajuknya "Kisah Si Rama-Rama"...Not bad...it's quite interesting...So...Jom kite bace came2x....Cangat cecuai tuk kite yang macih kanak2x....huhuhu

KISAH SI RAMA_RAMA

Di sebuah taman, terdapat seekor rama-rama yang sangat cantik. Rama-rama sangat sombong kerana memiliki kepak yang berwarna warni dan cantik. Pada satu hari, rama-rama berman di taman bersama rakan-rakannya. Akibat terlalu letih, rama-rama tertidur di kelopak bunga...

Selepas bangun dari tidur, rama-rama terbang sendirian. Tiada seekor haiwan lain do situ. Dia sangat sedih. "Aku di mana? Kenapa sangat panas?", soal rama-rama. Matahari yang bersinar lalu menjawab, "wahai rama-rama yang cantik, kamu sekarang berada di sebuah padang yang luas". "Padang? Aku hendak pulang. Di sini terlalu panas. Bolehkah kamu menolong aku mencari jalan pulang wahai matahari"?, kata rama-rama. "Boleh, tapi kamu mesti berjanji tidak akan sombong lagi," jawab matahari. "Baiklah", janji rama-rama.

Rama-rama sangat gembira kerana matahari menolongnya untuk pulang ke rumah. Ketika terbang untuk pulang, rama-rama sangat dahaga, lalu berhenti di tepi sungai untuk minum. Ketika sedang minum, rama-rama sangat terkejut karana melihat seekor merak. Rama-rama sangat bangga kerana di kelihatan sangat cantik berbanding merak. 

Rama-rama terbang di sekeliling merak untuk menunjukkan kecantikan kepaknya. Merak hanya tersenyum melihat rama-rama dan mula mengembangkan ekor di belakangnya. Rama-rama sangat terkejut melihat ekor merak yang besar dan sangat cantik. "Kenapa dengan kamu wahai rama-rama?" tanya merak. "Tidak mengapa merak , aku hanya ingin melihat kepak kamu", jawab rama-rama. Akibat daripada rasa malu, rama-rama terus terbang meninggalkan merak kerana kepak merak lebih besar dan cantik.

Rama-rama terus terbang untuk mencari jalan pulang. Rama-rama terbang dengan megah kerana memiliki kepak yang cantik berbanding burung yang terbang bersamanya. "Kamu hendak ke mana rama-rama?" tanya burung. "Aku hendak mencari jalan pulang", jawab rama-rama. "Mari saya tolong kamu untuk terbang lebih tinggi", kata burung. "Tidak mengapa, kamu juga terbang rendah seperti saya. Saya tidak memerlikan pertolongan kamu wahai burung." Jawab rama-rama dengan sombongnya. Burung terus berlalu meninggalkan rama-rama. Rama-rama terkejut melihat burung terbang dengan laju dan tinggi. Rama-rama menyesal kerana tidak menerima pertolongan burung.

Rama-rama sangat letih. Rama-rama hinggap di sepohon pokok untuk berehat. "Hai rama-rama yang cantik, kamu kelihatan sangat penat. Kamu hendak ke mana?" tanya pokok. "Aku hendak mencari jalan pulang", jawab rama-rama. "Jalan pulang? Kamu pasti lapar. Makanlah buah di pohonku ini", kata pokok. "Tidak mengapa, aku hanya menghisap madu di kelopak bunga yang segar", jawab rama-rama. "Di sini tiada taman bunga. Bagaimana kamu hendak makan?" Tanya pokok. "Aku boleh terbang untuk mencari taman bunga di tempat lain." Kata rama-rama. "Tapi hujan akan turun tidak lama lagi. Kamu pasti tidak dapat terbang" kata pokok.

Rama-rama tetap tidak mahu makan buah di pohon tersebut. Rama-rama tidak mempercayai kata-kata pokok lalu terus terbang. Awan semakin gelap. Rama-rama tidak dapat mencari makanan kerana hujan telah turun dengan lebatnya. Rama-rama jatuh pengsan akibat kelaparan. 

Burung yang baik hati telah terjumpa rama-rama. Burung membawa rama-rama ke rumahnya. Setelah sedar dari pengsan, burung memberi makanan kepada rama-rama. Sejak dari itu, rama-rama tidak lagi sombong dan bangga dengan kepaknya. Rama-rama meminta maaf kepada Matahari, Merak, Burung dan Pokok. Rama-rama sedar sikap sombong dan bangga tidak membawa kepada kebaikan kepada dirinya.


- THE END -

Hati Seorang Wanita / Ibu

Puisi yang tulus untuk semua ibu2x dan wanita2x di muka bumi Allah ini...heheheh
 HATI WANITA / IBU...Siapa yang tahu...?




Ketika meluah rasa
Dia terdiam seribu bahasa...
Ketika ingin menghambur marah
Dalam keheningan dia sabar mengingati Allah...
Ketika hati ingin menangisi
Dia lepaskan tawanya sendiri...
Ketika dirinya dipandang rendah
Dia lafazkan syukur Alhamdulillah...
Ketika dia ditinggal kesepian
Dia pasti menunggu akan kepulangan...
Ketika dia dihina dan dicerca
Hati kecilnya tetap mencinta...
Ketika dia dilukai
Dia tetap akan mengampuni...
Ketika kasihnya melangkah pergi
Dia tetap menunggu walaupun tak pasti...
Ketika dia lemah tanpa daya
Gagah berdiri dia berswadaya...
Ketika dia lelah dimakan masa
Dia tak kan mengalah pada usianya...
Ketika dia mula meragui
Dia bertahan dengan tulus di hati...
Ketika batinnya berputus asa
Dia berdoa pada yang Esa...